
SHAH ALAM | 1 Mei 26 – Dakwaan kononnya Pemuda PAS Selangor menyokong pelantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor adalah tidak benar, sekali gus menafikan wujudnya persetujuan dalaman parti seperti yang didakwa sebelum ini.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Sukri Omar menegaskan, tiada sebarang keputusan rasmi dibuat dalam mana-mana mesyuarat parti untuk menyokong Azmin memimpin PN di peringkat negeri.
“Tidak benar sama sekali kami bersetuju menyokong Azmin Ali sebagai ketua PN Selangor. Tiada keputusan rasmi dibuat,” katanya dalam kenyataan.
Penafian itu hadir susulan dakwaan oleh ADUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin bahawa PAS Selangor bersetuju Azmin yang juga Adun Hulu Kelang kembali mengetuai PN Selangor.
Azmin pada Disember lalu meletakkan jawata Pengerusi PN Selangor, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN. Jawatan tersebut kekal kosong hingga kini.
Perkembangan ini dijangka terus memberi tekanan kepada PN Selangor dalam usaha menyusun semula kepimpinan dan memperkukuh posisi menjelang persaingan politik akan datang. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.