Chegubard Dakwa Muhyiddin Jadi Punca Pembangkang Lemah

KUALA LUMPUR | 10 Mei 26 — Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin mendakwa bahawa Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin menjadi punca kelemahan pembangkang ketika ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, semalam, Chegubard berkata, Muhyiddin sengaja melemahkan gerakan pembangkang dan lebih memberi tumpuan kepada konflik dalaman parti.

“Semua sebab hanya nak pecahkan pembangkang… Dalam keadaan isu banyak kau tak sudah-sudah alihkan isu dengan penggantungan MP. tak sudah-sudah,” katanya.

Beliau turut mendakwa ramai pemimpin yang dikenakan tindakan disiplin dalam Bersatu kini tidak lagi berminat untuk membuat rayuan.

“Dan Muhyiddin patut malu sebab majoriti yang kau pecat tak minat nak merayu pun,” katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, Chegubard turut membuat dakwaan serius bahawa Muhyiddin berada dalam keadaan tertekan sehingga tidak lagi agresif terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.

“Saya telah sebut dengan terang terang tanpa Muhyiddin Yassin berani jawab sepatah pun. Telur Muhyiddin dipegang Anwar,” dakwanya.

Selain itu, beliau turut membangkitkan beberapa dakwaan lain termasuk isu melibatkan keluarga Muhyiddin, gerakan politik dalaman pembangkang serta hubungan beberapa pemimpin politik.

‘”Bila dikritik sebab jadi Pengerusi PN yang lemba,b dia buka IPR konon nak satukan parti parti kecil.

“Sangat lucu masa tu dia Pengerusi PN. Orang nak masuk PN patut kau terima, tapi kau pula buka IPR.

Tambahnya, langkah Muhyiddin memperlihatkan pemikiran untuk memecahkan pembangkang.

“Bila dia tersingkir sebagai Pengerusi PN dia mula aktifkan IPR. Katanya.

“Dulu tak bergerak alasan akaun kena beku. Kini tiba tiba mewah, mana datang duit?  IPR pula nak buat konvensyen bagai hahaha masa dengan PN kau tak buat apa…

Beberapa pemerhati politik melihat tingkah laku Muhyiddin ini jelas menunjukkan fokus beliau hanya untuk memperkukuhkan kedudukannya sahaja, bukan Pembangkang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share