Perdana Menteri Wajar Umur Bawah 70 Tahun, Kata Hadi

KUALA LUMPUR, 15 Sep 25 – Antara ciri-ciri seorang pemimpin yang boleh diangkat sebagai perdana menteri haruslah memiliki integriti dan tubuh badan yang kuat, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Katanya, mana-mana pemimpin yang berumur 70 tahun dan ke atas sepertinya lebih sesuai menjadi penasihat berbanding pemimpin dibarisan hadapan.

“Orang umur 70 tahun lebih macam saya ini sudah tak layak, jadi penasihat bolehlah. Biar yang umur 70 ke bawah jadi perdana menteri dan orang itu kuat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-71.

Hadi yang kini berusia 78 tahun berkata al-Quran memberikan panduan dalam memilih pemimpin yang antaranya seseorang itu perlu berilmu, kuat tubuh badan dan berintegriti.

“Kita diajar dalam Islam bahawa tanggungjawab memimpin adalah amanah sangat besar, kalau tunai kewajipan dengan baik akan dapat pahala besar, jika tak tunai masuk neraka.

“Sebab itu banyak orang takut jadi pemimpin, jadi terpaksalah kita menentukan siapa yang layak jadi pemimpin itu melihat ciri-ciri kepimpinan yang saya sebut tadi seperti berilmu, berintegriti dan boleh turun ke bawah,” katanya.

Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu sebelum ini mengangkat Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berusia 78 tahun sebagai calon perdana menteri untuk gabungan Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai PAS.

PAS bagaimanapun berpendirian penentuan calon perdana menteri hanya wajar dilakukan selepas pembangkang itu menang pilihan raya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share