Penaja Bahagian BERSATU Didakwa Dikuasai Calon Kalah, Bekas Parti Luar dan Pemimpin Tak Aktif

KUALA LUMPUR | 12 Mei 26 — Beberapa penaja bahagian baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini menjadi perhatian apabila didakwa terdiri daripada kalangan pemimpin yang pernah kalah dalam pemilihan parti, termasuk mereka yang menarik diri daripada pertandingan, serta tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh di kawasan masing-masing.

Menurut sumber dari beberapa bahagian di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu, sebahagian daripada mereka juga bukan sahaja datang daripada kalangan dalaman parti yang kalah pemilihan, tetapi turut melibatkan individu yang sebelum ini pernah bersama parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air.

Antara yang disebut ialah di Bahagian Kepala Batas, melibatkan bekas Ketua Armada bahagian yang  tewas dalam pemilihan sebelum ini. Manakala beberapa bahagian di Selangor pula, pimpinan BERSATU turut melantik mereka yang tidak ada cawangan dan akar umbi.

Perkara yang sama turut berlaku di bahagian Kedah dan Negeri Sembilan apabila mereka yang kalah dan tidak aktif sepanjang menjadi ahli parti, dilantik menjadi ketua-ketua penaja bahagian.

Di Dungun pula, seorang calon yang pernah tewas dalam pertandingan dalaman dikatakan dilantik sebagai timbalan, namun dikaitkan dengan rekod tidak aktif sebelum ini, malah kini diberikan peranan sebagai ahli majlis.

Secara keseluruhan, penubuhan penaja bahagian baharu ini dilihat menimbulkan persoalan mengenai kekuatan sebenar akar umbi serta kemampuan mereka untuk menggerakkan jentera parti di peringkat tempatan.

Pemerhati berpendapat bahawa langkah Muhyiddin menyingkirkan ramai pemimpin BERSATU adalah suatu kesilapan besar, apabila sokongan akar umbi parti dari seluruh negara, bertindak mengikut pemimpin-pemimpin yang dipecat itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Amal Nepotisme – Khairuddin

"Hari ini Allah membalas secara 'tunai' terhadap semua tohmahan palsu Anwar dan menunjukkan secara jelas kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa beliau sebenarnya 'bapa kronisma nombor satu,'" katanya
Read More
Total
0
Share