PN Lantik Ahmad Samsuri Sebagai Ketua Pembangkang Baharu

KUALA LUMPUR | 17 Mei 26 — Perikatan Nasional (PN) secara rasmi melantik Pengerusinya, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baharu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Ahmad Samsuri dan dihadiri semua Ahli Majlis Tertinggi daripada parti-parti komponen PN.

Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mesyuarat telah mencapai persetujuan sebulat suara untuk melantik Ahli Parlimen Kemaman itu menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.

Dalam kenyataan sama, PN menegaskan gabungan itu akan terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang yang “bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip” demi memastikan kepentingan rakyat sentiasa dipertahankan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Sultan Selangor Titah Wakil Rakyat DAP Hayati Rukun Negara

Kenyataan itu turut menyentuh secara khusus wakil rakyat Seri Kembangan, YB Puan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, yang disarankan hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi memahami dan menghayati makna Rukun Negara.
Read More
Total
0
Share