
KUALA LUMPUR | 22 Mei 26 – Presiden PAS mendedahkan bahawa BERSATU tidak bersetuju dengan cadangan menerima kemasukan parti-parti Melayu-Islam baharu ke dalam Perikatan Nasional (PN).
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian tersebut tidak menyenangkan PAS yang mahu memperluaskan lagi sokongan dan keahlian gabungan berkenaan.
“Dia (bersatu) tak setuju keahlian-keahlian baru dalam Perikatan Nasional ni.
“Kita nak banyakkan lagi ahli Perikatan Nasional ni. Tiba-tiba dia tolak. Ini tidak menyenang kita lah. Jadi hal-hal macam ni kita akan kaji satu persatu. apakah langkah selanjutnya. katanya dalam sidang media. Katanya dalam sidang media.
Menurut beliau, PAS sejak awal konsisten dengan dasar menerima penyertaan parti-parti Melayu dalam usaha memperkukuh PN.
“PAS menerima semua parti-parti Melayu. Ini dasar kita,” katanya.
Dalam mesyuarat Perikatan Nasional Pusat baru-baru ini, PN mengumumkan penolakan permohonan penyertaan empat buah parti Melayu Islam untuk menyertai blok mereka. Penolakan ini didakwa berkaitan salah sebuah parti yang akan diambil alih oleh Hamzah, penolakan tersebut bagi menghalang penyertaan Hamzah ke dalam PN.
Dalam pada itu, Abdul Hadi Awang turut menegur BERSATU yang didakwa gagal memperkukuh jentera parti walaupun meletakkan ramai calon dalam pilihan raya.
Menurut beliau, berdasarkan pengalaman beberapa siri pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan pilihan raya kecil sebelum ini, BERSATU dilihat lebih menumpukan kepada jumlah calon berbanding kekuatan petugas di peringkat akar umbi.
“Mereka lebih banyak calon daripada jentera parti,” katanya dalam sidang media.
Abdul Hadi mendakwa apabila kempen pilihan raya berlangsung, PAS terpaksa memainkan peranan lebih besar kerana kekurangan petugas daripada Bersatu.
“Bila turun ke medan, dia tak ada pekerja, tak ada petugas. Calon ada, tetapi petugas sangat sedikit,” katanya.
Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan ahli dan jentera PAS menjadi tulang belakang utama gerak kerja kempen di lapangan.
“Bila kita turun, akhirnya tinggal ahli kita sahaja yang bekerja. Itu yang berlaku,” katanya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.