Hormati Titah Sultan Selangor, Pemuda PAS Laksana Ikrar Rukun Negara Dalam Setiap Majlis

Foto – facebookSukri Omar

SHAH ALAM | 24 Mei 26 — Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengarahkan supaya bacaan Ikrar Rukun Negara dilaksanakan dalam setiap majlis rasmi Pemuda PAS di seluruh negeri sebagai tanda menjunjung titah DYMM Sultan Selangor.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, langkah itu merupakan manifestasi kecintaan kepada agama, negara serta Institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi payung kestabilan negeri dan negara.

Menurut beliau, ketika terdapat pihak yang semakin berani mempersenda kedaulatan Institusi Raja, memperlekeh adab kenegaraan serta mengapi-apikan sensitiviti rakyat, Pemuda PAS Selangor memilih untuk terus mempertahankan prinsip negara yang termaktub dalam Rukun Negara.

Katanya, lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan bukan sekadar slogan, sebaliknya asas pembinaan negara bangsa Malaysia.

“Pemuda PAS Selangor percaya penghayatan terhadap Rukun Negara mesti diterjemahkan melalui tindakan, disiplin dan adab,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan bahawa Pemuda PAS Selangor akan terus istiqamah mempertahankan kedaulatan agama Islam, kemuliaan Institusi Raja Melayu serta keharmonian negeri Selangor daripada sebarang bentuk penghinaan dan provokasi.

Mohamed Sukri turut mengakhiri kenyataan itu dengan laungan “Daulat Tuanku” serta slogan “Teguh Beragama, Setia Beraja, Cinta Negara” dan “Bakti Demi Selangor”.

Baru-baru ini, tercetus kontroversi apabila mantan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menjawab saranan Sultan Selangor agar ahli politik menghayati Rukun Negara. Tony berkata di facebook miliknya bahawa “Rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat,”.

Ekoran kenyataan tersebut, puluhan laporan polis dibuat sebagai aksi bantahan yang disifatkan biadap terhadap titah Tuanku. Polis memaklumkan, Tony disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Exco Armada Kecewa PAT Bersatu Jadi Pentas ‘Bodek Presiden’

Meor yang juga Exco Armada Bersatu Malaysia turut mengimbas usul utama dalam tiga PAT berturut-turut yang disifatkan berulang tanpa membawa hala tuju baharu di mana pada PAT 2023 mendesak Muhyiddin kekal sebagai Presiden. Manakala PAT 2024 mengangkat jawatannya sebagai Presiden Pengasas, dan pada PAT 2025 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri.
Read More
Total
0
Share