Dakwaan BERSATU Terengganu Sokong PAS Disifatkan Hipokrit — Penggerak RESET Dungun

DUNGUN | 29 Mei 26 — Penggerak RESET Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail menyifatkan kenyataan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU, Datuk Razali bin Idris ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, yang menyatakan sokongan terhadap kerajaan PAS Terengganu sebagai hipokrit dan tidak selari dengan realiti politik semasa.

Menurut beliau, tindakan tersebut menimbulkan persoalan kerana pada masa sama, penyokong dan pengikut kepada pemimpin terbabit didakwa sering menyerang serta menghentam PAS secara terbuka di media sosial dan pelbagai platform politik.

“Bagaimana boleh bercakap soal sokongan kepada kerajaan PAS, tetapi pada masa sama penyokong sendiri terus menyerang PAS tanpa henti. Ini jelas menunjukkan percanggahan yang ketara,” katanya kepada politiko.

Dalam masa sama, Aziz turut mencadangkan agar kerajaan PAS Terengganu mempertimbangkan rombakan Exco kerajaan negeri sekiranya wujud perubahan kedudukan politik melibatkan ADUN BERSATU.

Menurut beliau, kestabilan kerajaan negeri tidak akan terjejas walaupun lima ADUN BERSATU tidak lagi berada dalam struktur kerajaan negeri.

“Kerajaan PAS Terengganu masih kekal utuh dan stabil walaupun tanpa penglibatan lima ADUN BERSATU dalam kerajaan negeri.

“Jadi kerajaan negeri tidak perlu terlalu bergantung kepada pihak yang pada masa sama gagal menunjukkan kesetiaan politik yang jelas,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu memberi keutamaan kepada kestabilan politik dan kesepaduan pentadbiran bagi memastikan fokus terhadap agenda rakyat tidak terganggu oleh konflik dalaman politik. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share