Speaker Dewan Sahkan Hamzah Kekal, Dr Sam Ambil Kedudukan Muhyiddin

KUALA LUMPUR | 21 Jun 26— Kedudukan tempat duduk Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam Dewan Rakyat kembali berubah selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat menerima surat pengesahan berkaitan pelantikannya semula sebagai Ketua Pembangkang.

Pada masa yang sama, perubahan itu dibuat selepas Muhyiddin Yassin memohon kepada speaker supaya kedudukan beliau diubah.

Dengan pengesahan tersebut, Hamzah kembali ditempatkan di barisan hadapan blok pembangkang, dan disebelah beliau akan diisi oleh Pengerusi PN yang baharu, Samsuri Mokhtar. Ia sekaligus memulihkan kedudukan rasmi Hamzah dalam susunan tempat duduk Dewan Rakyat.

Sebelum ini, kedudukan Hamzah menjadi perhatian selepas berlaku perubahan dalaman dalam PN yang menyaksikan timbul persoalan mengenai siapa yang mengetuai blok pembangkang di Parlimen.

Susunan kerusi dalam Dewan Rakyat bukan sekadar aturan fizikal, tetapi mencerminkan hierarki dan pengiktirafan rasmi terhadap peranan seseorang pemimpin dalam blok masing-masing.

Sebagai Ketua Pembangkang, Hamzah akan kembali memainkan peranan utama dalam mengatur strategi pembangkang, mengetuai perbahasan serta menjadi wakil utama PN berdepan kerajaan.

Perkembangan ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada usaha PN menyusun semula kedudukan kepimpinan selepas berlaku ketegangan dalaman dan perbezaan pandangan mengenai hala tuju gabungan itu.

Dengan kembalinya Hamzah ke kerusi hadapan, perhatian kini tertumpu kepada barisan pemimpin PN yang lain serta bagaimana gabungan itu akan menguruskan keseimbangan antara kepimpinan lama dan suara baharu dalam Parlimen. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share