Masa Depan Tanah Melayu Bergantung Kepada Pengundi Melayu

KUALA LUMPUR | 1 Julai 26 – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa masa depan Tanah Melayu dan kelangsungan bangsa Melayu bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menerusi surat terbuka yang ditujukan kepada pemimpin parti, penyokong serta semua pengundi Melayu, bekas Perdana Menteri itu berkata keputusan yang dibuat pada PRU akan menentukan sama ada negara ini akan terus kekal sebagai “Tanah Melayu” atau berubah menjadi “tanah bukan Melayu”.

Menurut beliau, orang Melayu perlu meletakkan kesetiaan kepada bangsa mengatasi kesetiaan terhadap mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu, undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO,” katanya.

Mahathir berkata identiti Tanah Melayu hanya dapat dipertahankan sekiranya orang Melayu bersatu dalam menentukan pilihan politik mereka, tanpa dipengaruhi kepentingan kepartian.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan calon yang dimaksudkan, sebaliknya berkata perkara itu akan diumumkan apabila PRU berlangsung.

Dalam surat tersebut, beliau turut memberi amaran bahawa sekiranya orang Melayu terus mengutamakan kesetiaan kepada parti atau kumpulan tertentu, mereka berisiko kehilangan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka.

“Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini. Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara,” katanya.

Kenyataan itu dilihat mengulangi pendirian beliau yang sering menekankan isu kedudukan politik orang Melayu serta menggesa penyatuan sokongan Melayu menjelang PRU akan datang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Wajar Berehat Sementara, Kata Ummah

“Sekiranya seorang perdana menteri mempunyai kekebalan penuh, apa akan jadi jika beliau melakukan kesalahan? Apakah rakyat harus akur bahawa pemimpin negara tidak boleh disentuh undang-undang, sedangkan rakyat biasa tetap dikenakan tindakan?” soal beliau lagi.
Read More
Total
0
Share