‘Apa Justifikasi?’ Hamzah Persoal Pelantikan Azam Baki Penasihat NFCC

KUALA LUMPUR | 2 Julai 26 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa kerajaan menjelaskan rasional pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai penasiat kepada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

Menurut beliau, kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai justifikasi pelantikan tersebut.

“Ini soalan yang baik, yang patut dijawab oleh kerajaan.

“Jadi bagi pihak media, saya bertanyakan kepada kerajaan, apa justifikasi Tan Sri Azam dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat NFCC,” katanya ketika menjawab soalan media pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen, hari ini.

Hamzah turut mendakwa terdapat beberapa isu yang dikaitkan dengan Azam Baki yang menurutnya masih memerlukan penjelasan.

“…yang dia sendiri sebenarnya mempunyai masalah yang sedang disiasat tentang beberapa isu,” katanya.

Dalam masa sama, beliau secara sinis mengaitkan persoalan itu dengan respons Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini mempersoalkan pihak yang diwakilinya ketika mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.

“Ini soalan daripada media, dan seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tanya kepada saya, ‘bagi pihak siapa?’… bagi pihak media,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Azam dilantik sebagai penasihat NFCC, sebuah badan yang berperanan menyelaras usaha membanteras jenayah kewangan dan rasuah di peringkat nasional. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share