Rasmi: PCM Kini Parti Wawasan Negara ROS Lulus Pertukaran Nama – Hamzah

PETALING JAYA | 10 Julai 26 – Parti Cinta Malaysia (PCM) kini secara rasmi dikenali sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) selepas pertukaran nama parti itu diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama parti berkenaan di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut beliau, kelulusan ROS itu menandakan bermulanya fasa baharu perjuangan parti yang bakal membawa agenda politik lebih inklusif dan berteraskan kepentingan rakyat.

Dokumen kelulusan yang dikeluarkan ROS menunjukkan kebenaran menggunakan nama, lambang dan identiti baharu Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) diberikan di bawah Seksyen 50, Akta Pertubuhan 1966.

Surat yang ditandatangani Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Dato’ Mohd Zulfikar Ahmad itu bertarikh 6 Julai 2026, sekali gus mengesahkan penggunaan rasmi nama baharu parti tersebut.

Dalam sidang media yang sama, Hamzah memaklumkan mesyuarat pertama Wawasan Negara turut membincangkan hala tuju parti, pembentukan struktur organisasi serta persediaan menghadapi landskap politik negara yang semakin mencabar.

Beliau berkata, Wawasan Negara akan tampil sebagai sebuah wadah politik baharu yang menawarkan pendekatan lebih segar dalam memperjuangkan kepentingan rakyat serta membina kerjasama politik berasaskan prinsip dan masa depan negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share