UMNO-PAS Gerak Himpunan Sejuta Umat, Zahid Beri Mandat Kepada Pemuda Atur Gerakan

KUALA LUMPUR | 12 Sep 26 – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh untuk menggerakkan kerjasama bersama PAS bagi menganjurkan Himpunan Perpaduan Ummah dengan sasaran menghimpunkan sejuta umat Islam.

Mandat itu diberikan selepas Zahid meminta persetujuan perwakilan UMNO pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026), hari ini.

Menurut Zahid, cadangan kerjasama berkenaan dikemukakan oleh wakil-wakil kedua-dua parti yang hadir pada pertemuan sebelum ini.

“Saya mohon persetujuan untuk kita memberikan mandat kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk menggerakkan. Siapa bersetuju kata setuju,” katanya.

Cadangan itu kemudiannya dipersetujui majoriti perwakilan yang hadir.

Zahid berkata kerjasama tersebut perlu digerakkan secara tersusun melalui jelajah atau roadshow dari negeri ke negeri.

Beliau turut mencadangkan kerjasama awal itu diuji di beberapa negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Kedah bagi melihat tahap kesetiaan serta kejujuran kedua-dua pihak dalam menjayakan agenda berkenaan.

“Kita test mula-mula di Terengganu dan Kelantan serta Kedah untuk menguji kesetiaan dan kejujuran mereka,” katanya.

Menurut Zahid, kerjasama antara UMNO dan PAS tidak semestinya bermakna kedua-dua parti perlu menjadi sama.

Sebaliknya, beliau berkata kedua-dua pihak perlu cukup matang untuk mencari titik persamaan yang mampu menyatukan mereka, khususnya menghadapi pilihan raya akan datang termasuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Perpaduan ini tidak semestinya bermakna kita menjadi sama, tetapi kita mesti cukup matang untuk mencari titik yang boleh menyatukan kita di dalam pilihan raya,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share