Zahid Jelaskan Hubungan BN-PAS Sekadar Persefahaman

KUALA LUMPUR | 14 Julai 26 — Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hubungan antara BN dan PAS ketika ini tidak berasaskan sebarang perjanjian rasmi, sebaliknya hanya persefahaman dalam beberapa perkara yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Menurut beliau, persefahaman itu tidak boleh ditafsirkan sebagai kerjasama politik yang dimeterai atau mengikat mana-mana pihak.

Kenyataan Zahid itu dibuat susulan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan parti itu untuk menjalin kerjasama dengan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan demi kepentingan penyatuan ummah dan kestabilan politik.

Bagaimanapun, Zahid dalam satu sidang media, semalam berkata, sebarang kenyataan berhubung kerjasama politik perlu dilihat secara berhati-hati kerana pendirian sesebuah parti boleh berubah mengikut perkembangan semasa.

Beliau turut mengingatkan kepimpinan serta jentera BN supaya tidak membuat andaian bahawa hubungan dengan PAS telah dimuktamadkan, sebaliknya terus memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN.

Mengulas persediaan BN bagi PRN Negeri Sembilan, Zahid berkata perbincangan mengenai agihan kerusi dan calon sedang dimuktamadkan mengikut kesesuaian negeri, dengan pengumuman dijangka dibuat dalam masa terdekat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share