PRN Melaka: Wawasan Mahu Pertahan Bemban, Sg Udang, ADUN Sedia Ada Penyokong Parti – Hamzah

KUALA LUMPUR | 8 Ogos 26 – Parti Wawasan Negara mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban dan Sungai Udang pada pilihan raya akan datang, dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan sebagai penyokong Wawasan Negara.

Hamzah berkata, kedudukan kedua-dua kerusi itu perlu dikekalkan dan bukan sekadar mahu memastikan calon berkenaan dapat bertanding, tetapi turut berusaha memastikan kemenangan pada pilihan raya nanti.

“Bemban dan Sungai Udang adalah merupakan penyokong pada Wawasan Negara. Jadi sudah tentulah kita nak kekalkan supaya mereka ini bukan hanya boleh bertanding tapi menang. Memastikan mereka menang dalam pilihan raya juga nanti,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti menghadapi pilihan raya akan datang, termasuk kemungkinan PRN Melaka yang bakal menjadi antara medan penting untuk menguji kekuatan kerjasama antara parti-parti politik.

Dengan Bemban dan Sungai Udang disebut secara terbuka sebagai kerusi yang mahu dipertahankan, kedua-dua kawasan berkenaan dijangka menjadi antara titik penting pertembungan antara BERSATU dan Wawasan Negara dalam pilihan raya di Melaka yang dijangka diadakan Oktober ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share