Segelintir Pemimpin Terlalu Berpolitik, Lupa Elemen Dakwah – Cendekiawan

KUALA LUMPUR, 30 Jun 25 – Segelintir pemimpin politik memilih jalur rigid dan keras dalam pandangan membabitkan isu perkauman sehingga terlupa elemen dakwah, kata penganalisis.

Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, tokoh-tokoh itu bukan sahaja berada dalam PAS tetapi parti lain berteraskan Melayu dan Islam seperti Umno dan Amanah.

“Di kalangan tokoh-tokoh PAS, ni bukan saya kata semua ya, ada mungkin pendapat pandangan tertentu yang dia, dalam konteks pandangan Islami agak rigid, lebih keras di sudut perkauman, ada. Ada juga dalam parti lain, dalam Umno, Amanah mungkin ada.

“Dalam hal ini bila sebuah parti itu menuju tangga kekuasaan saya ingat bagi mereka penting paparkan Islam boleh menaungi semua,” katanya, dalam wawancara bersama politiko.my.

Mereka katanya perlu sedar Islam menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira latar belakang agama   

“Inilah cabaran, kalau cabaran dibawa bentuk perkauman, memang itu akan menimbulkan masalah. Keadilan benda yang bukan sahaja dilihat, tapi perlu kelihatan dilakukan.

“Tetapi masalah yang berlaku pandangan dan tindakan terlalu politik hingga ketepikan elemen dakwah, bila dakwah ia perlu ditunjukkan contoh baik kepada non Muslim,” katanya.

Sebelum ini tercetus kontroversi membabitkan menantu kepada Presiden PAS yang juga Ketua PAS Sungai Buloh Zaharudin Muhammad berkenaan Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim yang baru dinaikkan pangkat.

Zaharudin memuat naik hantaran bersifat satira di Facebook mengenai pelantikan perdana menteri berketurunan Cina pada 2058 dengan disertakan dalam hantaran itu adalah gambar penganugerahan pangkat leftenan jeneral kepada Lim dengan keterangan ia sekadar hiasan.

Hantaran itu mencetuskan respon balas banyak pihak termasuk kepimpinan PAS, Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi amaran tindakan disiplin akan dikenakan terhadap ahli melanggar peraturan atau mencemarkan cita-cita perpaduan parti Islam itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share