Media: “Siapa Pun Jadi Kerajaan, Pembangkang, Kena Neraca Kebenaran” – Suffi Kamari

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 26 — Media tidak seharusnya menentukan naratif berdasarkan siapa kawan atau siapa lawan, sebaliknya kebenaran perlu menjadi neraca utama dalam menilai dan menyampaikan sesuatu isu politik, kata wartawan Harakahdaily, Suffi Kamari.

Menurut Suffi, perubahan landskap media khususnya selepas kemunculan media sosial telah mengubah secara ketara kuasa dalam menentukan sesuatu naratif berbanding era 1980-an dan 1990-an ketika media arus perdana lebih dominan.

“Zaman sekarang ni tuan, saya rasa persoalan siapa kawan siapa tu sudah jadi sangat subjektif di social media. Sebab semua orang ada power of bargain untuk menyampaikan naratif masing-masing,” katanya ketika menjadi tetamu podcast Politikopi.

Beliau berkata, meskipun media arus perdana mempunyai kelebihan dari segi sumber, kewangan dan capaian, media sosial kini menjadi ruang yang membolehkan sesiapa sahaja membangkitkan kesedaran serta membawa naratif masing-masing.

Social media lah satu-satunya medan yang mana sesiapa saja boleh membangkitkan kesedaran, boleh melontarkan, boleh menguasai cerita, any narrative,” katanya.

Namun, menurut Suffi, kebebasan menyampaikan naratif itu tidak seharusnya menyebabkan prinsip kebenaran diketepikan.

“Yang menjadi keutamaan ialah berpaksikan kebenaran. Ini yang kita kena letak dulu sebelum siapa kawal siapa. Letak dulu kebenaran,” katanya.

Beliau berkata neraca kebenaran perlu menjadi asas kepada media dan politik kerana setiap pihak mempunyai sudut pandang masing-masing terhadap sesuatu isu.

“Kita bimbang sebab kita pun, pembangkang pun akan jadi kerajaan juga. Kami pun akan mungkin boleh memainkan naratif media untuk ikut sekurang-kurangnya kami. Tapi in fact siapa pun jadi kerajaan, siapa pun jadi pembangkang, kena neraca kebenaran,” katanya.

Suffi turut memberikan contoh bagaimana sesuatu ucapan politik boleh diberikan gambaran berbeza apabila media memilih sudut tertentu untuk diketengahkan.

Beliau merujuk pengalaman menghadiri satu program cearamah politik MB Kedah, Sanusi Md Noor di Jempol yang menurutnya menunjukkan bagaimana ucapan seorang pemimpin boleh menjadi bahan laporan dengan sudut yang berbeza selepas ia disiarkan.

“Saya pun ada berada di Jempol tu. Itu saya saksi utama bahawa betapa jahatnya media cabang orang politik lah mereka bergabung,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan orang ramai perlu menilai semula sesuatu laporan dengan melihat konteks keseluruhan ucapan, bukannya bergantung kepada potongan atau sudut tertentu yang diketengahkan.

“Dia memberi negatif yang tak baik kepada ucapan Sanusi. Mereka ambil angle-angle yang berbeza-beza,” katanya.

Suffi menegaskan bahawa persoalan utama bukan semata-mata sama ada politik mengawal media atau media mempengaruhi politik, tetapi siapa yang benar-benar membawa kebenaran kepada masyarakat.

“Isu pokoknya ialah siapa yang nak membawa kebenaran itu. Sebab mereka pun rasa mereka benar, kami pun rasa kami benar. Jadi inilah perdebatan yang kita kena sama-sama pahalusi sebab mereka ada angle berbeza-beza,” katanya.

Suffi turut menegaskan bahawa media sosial memberikan ruang yang lebih terbuka kerana naratif tidak lagi boleh dikawal sepenuhnya oleh mana-mana pihak.

Social media ialah tak siapa boleh control social media,” katanya.

Menurut beliau, sesiapa sahaja yang mahu membawa sesuatu naratif perlu bercakap dengan baik dan berpegang kepada kebenaran kerana tahap kepercayaan rakyat terhadap pemimpin turut bergantung kepada rekod serta kredibiliti mereka.

“Siapa-siapa yang boleh bercakap, sampaikan dengan baik, bercakap benar” katanya.

Perbincangan mengenai hubungan media dan politik itu merupakan antara topik yang disentuh Suffi dalam podcast Politikopi, khususnya mengenai perubahan kuasa membentuk naratif politik selepas kemunculan media sosial. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

RCI: TH Sebenarnya Rugi RM1.4b, Bukan Untung RM3.4b

"Suruhanjaya mendapati beberapa perkara yang dilaporkan oleh PwC dalam financial review tersebut adalah benar. Sekiranya piawaian Malaysian Financial Report Standard (MFRS) diguna pakai sepenuhnya bagi tahun kewangan 2017, LTH sepatutnya merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.4 bilion berbanding keuntungan RM3.4 bilion seperti yang direkodkan dalam Laporan Kewangan 2017.
Read More

Anwar Amal Nepotisme – Khairuddin

"Hari ini Allah membalas secara 'tunai' terhadap semua tohmahan palsu Anwar dan menunjukkan secara jelas kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa beliau sebenarnya 'bapa kronisma nombor satu,'" katanya
Read More
Total
0
Share