
SHAH ALAM | 16 Ogos 26 — Kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang Selangor wajar dinilai semula susulan pendirian dan kenyataan beliau dalam Sidang Dewan Negeri Selangor pada 10 Ogos lalu, kata SiswaPAS.
Menerusi kenyataan di Facebook, SiswaPAS berkata pendirian Azmin dalam sidang berkenaan menimbulkan persoalan terhadap ketegasan beliau dalam menjalankan peranan sebagai Ketua Pembangkang Selangor.
“SiswaPAS berpandangan kedudukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pembangkang Selangor wajar dinilai semula susulan pendirian dan kenyataan beliau dalam Sidang Dewan Negeri Selangor pada 10 Ogos 2026 yang menimbulkan persoalan terhadap ketegasan beliau sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.
SiswaPAS pada masa sama mengaitkan perkembangan itu dengan dinamika politik dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya hubungan antara BERSATU dan PAS.
“Dalam masa yang sama perkembangan politik Bersatu termasuk penggunaan lambang sendiri dalam PRN Negeri Sembilan serta kritikan terhadap agenda Penyatuan Ummah dan kepimpinan PAS memperlihatkan wujudnya keretakan dalam hubungan parti komponen Perikatan Nasional,” katanya.
Menurut SiswaPAS, perkembangan tersebut perlu diberi perhatian kerana ia menyentuh kedudukan dan peranan parti-parti dalam gabungan pembangkang, khususnya menjelang perkembangan politik seterusnya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.