Wawasan Negara, Satu Lonjakan Paradigma

Negara yang mengamalkan elemen demokrasi sudah semestinya akan memberikan keutamaan kepada rakyat bagi menentukan keputusan berdasarkan pilihan mereka. Politik Malaysia berada dalam fasa yang cukup unik kerana kewujudan pelbagai parti politik dengan teras ideologi perjuangan yang berbeza.

Walaupun teras perjuangan berbeza namun mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat perlu jelas dan tidak tersimpang jauh dari asas perjuangan dalam parti politik tersebut.

Parti Wawasan Negara (WAWASAN NEGARA) merupakan sebuah parti politik yang muncul secara terbuka pada pertengahan tahun 2026 dibawah kepimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pada 13 Jun 2026, di Konvesyen Reset di Tanah Merah, Dato Seri Hamzah telah mengumumkan kerjasama politik lebih luas dan memberi perhatian kepada masa depan serta kesejahteraan rakyat.

WAWASAN cuba membawa imej sebagai parti yang memberi penekanan kepada penyatuan masyarakat, kestabilan politik, pembangunan negara, kesejahteraan rakyat dan kerjasama antara kumpulan politik yang mempunyai matlamat sehaluan.

Hamzah ketika pelancarannya menyatakan hasrat membina sebuah platform politik yang kukuh bagi agenda masa depan rakyat Malaysia. Elemen untuk menyatukan rakyat menjadi nadi perjuangan parti politik ini dengan mengambil kira konteks penyatupaduan (usaha yang berterusan untuk menyatukan rakyat dari pelbagai elemen), kesepaduan (keadaan yang aman dan sedia ada), dan akhirnya ialah perpaduan (matlamat akhir yang dicapai).

Maka dengan 3 elemen ini mampu untuk memastikan jurang antara rakyat dapat dapat diselesaikan dengan lebih baik pada masa yang sama dapat menjadi jambatan tengah yang mampu untuk membawa solusi yang baharu.

Selain itu, WAWASAN juga meletakkan 3 landasan utama sebagai asas perjuagan parti politik untuk gambaran anak muda iaitu, matlamat bersama (common goals). Setiap insan yang bergelar sebagai manusia mempunyai matlamat yang ingin dicapai maka dengan kaedah dan elemen politik ini mesti mempunyai matlamat yang jelas supaya dapat memberikan keyakinan kepada mereka.

Kedua ialah kemakmuran bersama (shared prosperty) ini lebih banyak boleh dikaitkan dengan elemen dalam Wawasan Kemakmuran Bersama antara yang dijelaskan dalam konteks ini ialah memastikan pembangunan ekonomi lebih inklusif dan rakyat daripada semua kumpulan mendapat peluang yang lebih baik.Ini juga dapat dikaitkan dengan pertumbuhan ekonomi yang dikongsi bersama rakyat.

Malaysia yang sedang berkembang sudah semestinya memerlukan pendapatan rakyat meningkat dari satu peringkat ke peringkat yang lain, peluang pekerjaan kepada graduan bertambah, jurang antara golongan yang miskin dan kaya dikurangkan, kawasan bandar dan luar bandar dibangunkan secara seimbang.

Kesemua elemen ini sebenarnya akan membawa negara ke satu peringkat yang lebih inklusif dari segi kemakmuran secara bersama.

Ketiga ialah membawa tadbir urus berperikemanusian konsep ini menekankan bahawa kuasa dan sumber yang dimiliki oleh pemimpin bukan hanya untuk mengurus negara, tetapi mesti digunakan untuk melindungi maruah manusia, memenuhi keperluan rakyat serta memastikan tiada golongan yang terpinggir.

Prinsip utama dalam ini ialah keadilan dan kesaksamaan (fairness & equality). Kerajaan atau organisasi perlu memastikan semua rakyat mendapat peluang yang adil tanpa diskriminasi.

Kedua ialah keprihatinan terhadap kebajikan rakyat sebagai seorang pemimpin perlu memahami masalah rakyat dan mengambil tindakan berdasarkan keperluan sebenar.

Ketiga ialah ketelusan (integrity) . Segala keputusan kerajaan atau organisasi perlu dibuat secara terbuka supaya tidak wujud konflik antara satu sama lain. Keempat ialah akauntabiliti (Accountability) pemimpin dan pihak berkuasa mesti bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat.

Akhirnya ialah penyertaan rakyat (public participation) rakyat perlu diberi ruang untuk terlibat dalam proses membuat keputusan.

Parti WAWASAN telah mencapai kejayaan sulung di Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2026 yang lalu, Dalam penampilan pilihan raya pertamanya sebagai WAWASAN, parti itu bertanding di empat kerusi dan memenangi tiga kerusi DUN.

Keputusan ini merupakan kemenangan pilihan raya pertama WAWASAN dan menjadikannya terus mempunyai perwakilan di peringkat negeri tidak lama selepas penubuhan parti baharunya.

Ini sebenarnya memberikan lonjakan pradigma kepada parti politik dan pemimpin di dalam parti tersebut namun pelbagai langkah yang pragmatik harus diambil untuk memastikan kerelevanan parti tersebut masih menjadi kehendak dan kepentingan pengundi pada masa akan datang.

Dr Sharmin Kutty Sivaraman, Penganalisis Politik

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share