Penyatuan Ummah Mampu Tumbangkan PH di Melaka, Selangor

Pemuda PAS Selangor menyambut baik laporan berita yang mendakwa YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari memberi isyarat bahawa PH bersedia lawan BN dalam PRN Melaka akan datang.

Naratif Penyatuan Ummah yang telah diledakkan oleh PAS dalam Muktamar Tahunan PAS kali Ke-72 di Kelantan bakal digemakan dan diperhebatkan lagi dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di PWTC.

Di saat pimpinan PH masih gagal mencerap idealisme perjuangan Islam dan epistemologi PAS, PAS melalui Tan Sri Presiden PAS telah membawa perjuangan Penyatuan Ummah ini melangkah jauh ke hadapan sehingga 2051 melalui Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051.

2051 dipilih kerana bersempena dengan genapnya 100 tahun penubuhan PAS dalam mengharungi sepak terajang, mehnah dan tribulasi wadah demokrasi di negara kita Malaysia.

WINS 2051 mencakupi aspek Integriti, Keadilan Sosial, Kestabilan, Kemakmuran Ekonomi, Pengagihan Kekayaan, Penciptaan Nilai Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan, Kebajikan, Keharmonian Masyarakat Majmuk serta Dasar Luar yang Berdaulat dan Bermaruah.

Pada masa yang sama setiap negeri yang ditadbir oleh PAS telah membangunkan pelan jangka masa panjang dan sederhana bagi menjayakan agenda WINS 2051, sebagai contoh Kelantan Future State (KFS) 2033, The Greater Kedah (TGK) 2050, dan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030.

PAS sebagai parti tunjang yang mempunyai ahli parlimen paling ramai di Dewan Rakyat hari ini bukan sahaja didukung oleh aktivis rakyat dan kumpulan ulamak tetapi turut juga didukung oleh teknokrat, ahli akademik, usahawan-usahawan gergasi dan penjawat awam yang lebih selesa dan tenteram dengan perjuangan serta mekanisme reformasi yang dibawa oleh PAS.

PAS mempunyai kelebihan yang tersendiri dan UMNO juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri termasuklah berpengalaman mentadbir dan membangunkan negara ini di Putrajaya.

Gabungan PAS dan UMNO melalui strategi Penyatuan Ummah ini sekiranya berjaya, bakal mencipta kuasa besar baharu Melayu Islam yang lebih kukuh dan stabil dalam Dewan Rakyat pasca PRU-16 akan datang.

Penyatuan Ummah bukan objektif ia adalah strategi. Objektif kepada strategi ini adalah membangunkan negara ini dan mewariskan negara ini kepada generasi akan datang sebagai negara yang makmur dan bersih daripada pemimpin-pemimpin politik yang korup dan tidak bermaruah.

PAS dan UMNO insya-Allah akan terus memacu pembangunan negara ini tanpa perlu meruntuhkan sendi utama Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara tanah air kita.

Wacana Malaysian Malaysia dan Negara Sekular yang diangkat oleh DAP bakal menjadi musuh utama PAS dan UMNO dalam PRU-16 akan datang.

Sekiranya Penyatuan Ummah ini berjaya diterjemahkan dalam PRN Melaka dan Selangor, insya-Allah PH akan berputih mata di dua negeri ini. Negeri Selangor yang dikatakan sebagai kubu kuat PH bakal bertukar menjadi kubur kepada perjalanan dan masa depan politik mereka.

Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Dilema Penyerahan Kuasa dalam BERSATU

“Kepimpinan tidak memberikan hala tuju yang jelas bagaimana kita ingin mara ke hadapan. Tan Sri Muhyiddin tidak berperanan seperti seorang Ketua Pembangkang. Beliau masih terbawa-bawa gaya seorang Perdana Menteri,” ujar beliau.
Read More
Total
0
Share