Wawasan Negara Susun Jentera Perlis, Tiga Bahagian Kini Lengkap Menjelang PRU-16

KANGAR | 12 Sep 26 – Parti Wawasan Negara kini melengkapkan struktur organisasinya di Perlis selepas melantik tiga Ketua Bahagian (Penaja) bagi kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar.

Pelantikan itu menyaksikan YB Senator Azahar Hasan dilantik sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Kangar, manakala Mohamad Shaiful Sazali mengetuai Bahagian (Penaja) Arau dan Noor Hairi Noor Mohamed sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Padang Besar.

Setiausaha Nasional Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan tersebut melengkapkan struktur parti di Perlis, selain mempercepatkan gerak kerja organisasi bagi memperluaskan keanggotaan dan memperkukuhkan akar umbi.

Menurutnya, parti kini memberi tumpuan kepada pembinaan jentera yang mantap sebagai persediaan menghadapi PRU-16.

Pelantikan tiga Ketua Bahagian (Penaja) itu turut dilihat sebagai langkah penting dalam membentuk organisasi Wawasan Negara yang lebih tersusun dan berfungsi di peringkat akar umbi.

Parti itu menyatakan pelantikan berkenaan dijangka menyuntik tenaga baharu kepada gerak kerja Wawasan Negara di Perlis, khususnya dalam usaha memperkukuhkan organisasi serta memastikan parti mempunyai struktur yang bersedia menghadapi cabaran politik akan datang.

Dengan ketiga-tiga kawasan utama di Perlis kini mempunyai kepimpinan bahagian penaja, tumpuan seterusnya dijangka terarah kepada pengembangan keahlian, pengukuhan rangkaian akar umbi dan pembinaan jentera menjelang PRU-16. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share