
KUALA LUMPUR, 19 Jun 25 – Harga jualan runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik tujuh sen kepada RM3.14 dan RM2.81 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun 2025.
Kenaikan itu seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, kata Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan.
Peningkatan itu bagaimanapun masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter, kata kenyataan itu.
Bagaimanapun harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. @politiko.my