
KUALA LUMPUR | 19 Sep 26 – Janji yang dibuat Nga Kor Ming ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 30 Jun lalu kini kembali dipersoalkan susulan perkembangan terbaru berkaitan Datuk Seri Najib Razak.
Naib Presiden Wawasan, Datuk Leong Kim Soon berkata, Nga ketika itu menyatakan beliau akan menjadi orang pertama meletakkan jawatan sekiranya Najib benar-benar dibebaskan.
Kenyataan itu dibuat Nga dalam wawancara eksklusif bersama Oriental Daily ketika kempen PRN Johor.
“Untuk menunaikan janjinya, Nga perlu letak jawatan,” kata Leong kepada Politiko.
Leong berkata, seorang menteri perlu menunjukkan teladan yang baik, selain mengutamakan integriti dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
“Menteri perlu tunjuk teladan baik, berintegriti, amanah.
“Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya.
Pada 12 Julai lalu, Nga menjelaskan bahawa pendiriannya adalah beliau bersedia meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan tanpa menjalani hukuman yang setimpal walaupun telah disabitkan bersalah. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.