Wawasan Negara Perluas Jaringan Diplomatik, Temui Pesuruhjaya Tinggi British

KUALA LUMPUR | 30 Sep 26 — Kepimpinan Wawasan Negara mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, H.E. Ajay Sharma, dalam langkah memperkukuh hubungan parti itu dengan perwakilan diplomatik dan membincangkan perkembangan yang mempunyai kepentingan nasional serta antarabangsa.

Pertemuan berkenaan diketuai Presiden Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan turut disertai Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Naib Presiden, Datuk Wan Saiful Wan Jan; serta Datuk Omar Mustapha Ong.

Turut menyertai sesi itu ialah Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Wawasan Negara menyifatkan pertemuan tersebut sebagai sesi yang produktif, dengan tumpuan kepada dialog dan pertukaran pandangan mengenai isu berkepentingan nasional dan antarabangsa.

Menurut parti itu, penglibatan dengan wakil diplomatik merupakan sebahagian daripada komitmennya untuk membina hubungan yang bermakna dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Tambahnya, parti itu kekal komited untuk menjalin hubungan bermakna dengan wakil diplomatik dan pihak berkepentingan lain, termasuk melalui dialog serta pertukaran pandangan mengenai isu kepentingan nasional dan antarabangsa.

Wawasan Negara turut menyatakan kesediaan untuk meneruskan penglibatan dengan Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia dan memperkukuh hubungan dengan perwakilan diplomatik berkenaan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan isu khusus yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share