
PUTRAJAYA | 7 Okt 26 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober 2026 sebagai hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16.
Dalam kenyataan media SPR, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata pengundian pula ditetapkan pada 14 November 2026, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 November.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon pada 31 Oktober sehingga 11.59 malam, 13 November.
Bagi undi pos, permohonan kategori petugas pilihan raya, anggota dan pegawai SPR, anggota polis, tentera serta petugas media dibuka sehingga 28 Oktober 2026.
Permohonan undi pos bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara serta kategori agensi atau organisasi pula ditutup pada 23 Oktober 2026.
Seramai 687,697 pemilih layak mengundi pada PRU DUN Melaka Ke-16, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera serta pasangan dan 2,762 anggota polis. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.