Ada Syor Calon Pengerusi PN Baharu Mesti Presiden Parti?

KUALA LUMPUR | 13 Jan 26 – Sumber dalaman BERSATU mendedahkan bahawa terdapat perbincangan hangat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi, yang menyentuh cadangan agar calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu, mestilah dikalangan Presiden parti.

Menurut sumber, cadangan itu muncul bagi memastikan proses pelantikan jawatan utama PN selaras dengan hak prerogatif Presiden parti, serta untuk memelihara stabiliti dan keseragaman kepimpinan dalam parti.

“Perbincangan ini disentuh dalam MPT, dengan menekankan kepentingan struktur parti dan kejelasan peranan Presiden,” katanya.

Sumber itu menambah, cadangan tersebut dilihat secara tak langsung bertujuan menutup ruang bagi mana-mana calon yang bukan Presiden parti untuk mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PN, termasuk mereka yang disebut-sebut seperti Dr Samsuri, Tuan Ibrahim dan Hamzah.

Sekiranya cadangan ini diterima, ia akan menafikan peluang tokoh yang bukan presiden parti untuk dipertimbangkan bagi jawatan Pengerusi PN, sekaligus meletakkan PN tanpa banyak pilihan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share