
KUALA LUMPUR, 25 NOV 25 – Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang kini dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dikesan telah meninggalkan negara sejak Mei 2023.
Menurut sumber rasmi, dilapor Utusan Malaysia, Adam Radlan keluar melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Johor pada 17 Mei 2023, jam 3.39 petang.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban ketika diminta mengulas perkara itu menjelaskan, beliau tidak dapat memberi kenyataan lanjut kerana ia membabitkan siasatan SPRM yang sedang berjalan.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, pihaknya telah memohon pembatalan pasport milik Adam Radlan bagi membantu proses pengesanan.
Adam Radlan, 44, turut tersenarai sebagai individu dikehendaki SPRM bagi membantu siasatan beberapa kes rasuah dan projek infrastruktur utama.
Beliau dipercayai berlepas ke luar negara selepas dikenakan penalti RM4.1 juta oleh mahkamah, berkaitan transaksi kewangan meragukan dalam projek pembangunan.
SPRM setakat ini tidak mengesahkan lokasi terkininya, namun media melaporkan kemungkinan beliau berada di luar negara dan masih gagal dikesan. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.