Anwar Berjaya Tangguh Bicara Saman Yusoff Rawther

KUALA LUMPUR, 11 JUN 25 – Perbicaraan kes saman dikemukakan Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan serangan seksual yang dijadualkan bermula minggu depan, ditangguhkan.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan saman sivil itu sehingga keputusan dibuat berkenaan permohonan penangguhan penuh oleh perdana menteri.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian yang bersidang bersama Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin sebulat suara membenarkan permohonan penggantungan sementara (ad interim stay) sehingga 21 Julai ini.

Pada tarikh tersebut, Mah­kamah Rayuan akan men­dengar penggantungan penuh perbicaraan sehingga rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang didengar dan diputuskan.

Setelah mendengar hujahan peguam perayu dan responden, kami berpendapat bahawa bawah Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, kami mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah ad-interim bagi mengekalkan integriti permohonan penangguhan oleh perayu, sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan tersebut.

“Oleh itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, sehingga pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu,” katanya ketika menyampaikan keputusan.

Keputusan itu bermakna semua prosiding berkaitan saman sivil, termasuk perbicaraan penuh yang dijadualkan bermula Isnin ini, akan ditangguhkan sehingga permohonan Anwar diputuskan di mahkamah. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share