ADUN Bayu Letak Jawatan Ahli MPT BERSATU

ALOR SETAR | 9 Julai 26 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), namun kekal sebagai ahli parti.

Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Zeffis Ellias, yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan Mohd Taufik memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Bayu.

“Beliau mahu memberi tumpuan kepada khidmatnya di kawasan yang diwakilinya,” kata Zeffis.

Mohd Taufik merupakan ADUN Bayu selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah 2023 dan telah berkhidmat sejak Ogos tahun berkenaan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kepimpinan BERSATU berhubung peletakan jawatan Mohd Taufik daripada MPT parti.

Perkembangan itu hadir sejurus selepas media melaporkan Menteri Besar Perlis dan EXCO Negeri, meletakan jawatan MPT BERSATU, hari ini.

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share