AGC Arah Siasat Dan Gali Semula Kubur Zara

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 25 – Jabatan Peguam Negara (AGC)  mengarahkan pihak berkuasa untuk menggali semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, yang dikebumikan selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama.

Katanya, keperluan untuk menggali semula jenazah Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah itu selain beberapa arahan yang dikeluarkan untuk siasatan secara menyeluruh dilakukan.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan polis memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina,” katanya melalui kenyataan.

AGC juga berpendapat, terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil polis demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

“Ia setelah AGC meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh polis berhubung kes kematian Zara Qairina,” katanya.

Ibu kepada Zara, Noraidah Lamat, 45, sebelum ini memohon kubur anaknya itu digali semula demi mendapat jawapan dan keadilan.

Mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share