Ahli Berang Pemimpin Sayap Bersekutu Sindir Presiden Tak Kelihatan Ketika Penamaan Calon

KUALA LUMPUR, 16 NOV 25 — Seorang pemimpin sayap bersekutu Bersatu, Vasantha Kumar K, dikritik kerana menyindir Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka di media sosial gara-gara ketidakhadiran Muhyiddin ketika hari penamaan calon di Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Ni mamat datang dari mana, bila dia hidup dalam parti Bersatu ini apa punya kurang hajar ada ahli macam ini boleh sindir presiden.

“Kau ingat parti ni kau ke yang dulu membina bersusah payah sampai kau boleh kurang hajar sindir presiden macam ini dalam FB terbuka,” kata Nizam, sambil mengepilkan hantaran Vasantha.

” Ramai lagi ahli parti ini sebenarnya yang berdisiplin tapi mereka jaga jari dari menulis macam kamu. Siapa mamat ni?” katanya.

Vasantha antara lain mempersoalkan ketiadaan Muhyiddin di penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, ketika pemimpin pembangkang seperti Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang turun ke negeri itu.

“Presiden PAS yang uzur pun ada di Sabah, pengerusi PN, presiden Bersatu mana?” katanya.

Vasantha turut mengepilkan gambar Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Dalam hantaran itu turut kelihatan Tan Sri Annuar Musa serta pemimpin PAS yang lain. @politiko.com

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share