Ahli Bersatu Cadang MPT Tubuh Unit Perisikan Pantau Ahli Parti

KUALA LUMPUR, 7 Sep 25 – Setiausaha Bahagian Bersatu Damansara, Aliff Taufid, hari ini mencadangkan agar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti menubuhkan sebuah Jawatankuasa Penyelaras Perisikan (JPP) bagi memantau disiplin ahli serta menangani sebarang cubaan yang boleh melemahkan parti dari dalam.

Aliff, yang juga bekas calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Bandar Utama, berkata cadangan itu dibuat berikutan beberapa insiden yang mencalar imej Bersatu sepanjang bulan ini, termasuk kenyataan kontroversi oleh Ketua Bahagian Bersatu Gopeng serta kekecohan ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti di Shah Alam.

“Jika dibiarkan, perkara seperti ini boleh menjejaskan imej parti dan membuka ruang kepada pihak lawan untuk menggambarkan Bersatu sebagai parti yang berpecah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan, penubuhan JPP dilihat sebagai langkah proaktif bagi memperkukuh disiplin dalaman dan memastikan Bersatu kekal utuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Apabila JPP diwujudkan, disiplin parti dapat ditegakkan dengan lebih menyeluruh dan keamanan dalaman dapat dijamin,” ujarnya.

Semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) baru-baru ini, kekecohan berlaku ketika Presiden Bersatu berucap dan beliau secara terbuka mendakwa wujud usaha dalaman untuk menjatuhkannya melalui kutipan tandatangan. Ucapan tersebut mencetuskan kekecohan dikalangan perwakilan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share