Ahli Parlimen Mersing Desak Tindakan Segera Selamatkan Sawah Endau

KUALA LUMPUR | 15 Julai 26 – Nasib pesawah di Endau mendapat perhatian di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Mersing, YB Muhammad Islahuddin Abas, membangkitkan isu kemerosotan hasil padi yang didakwa menjejaskan produktiviti kawasan sawah berkenaan.

Dalam soalan lisannya kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Muhammad Islahuddin mahu kerajaan menjelaskan sama ada kajian kesesuaian serta kesuburan tanah telah dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan hasil, selain meminta pelan pemulihan yang bakal dilaksanakan untuk mengembalikan produktiviti sawah Endau.

Isu itu mendapat maklum balas segera daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), yang mengesahkan bahawa penilaian tanah secara menyeluruh telah dijalankan melalui Projek Pengurusan Tanah (soil profiling) pada 2021, diikuti penilaian semula tahap kesuburan tanah pada 2025.

Lebih penting, kementerian turut mengumumkan pakej pemulihan yang melibatkan peruntukan RM2 juta di bawah Program Memperkasa Sawah Padi Luar Jelapang Negeri Johor melalui Program Pemerkasaan Agromakanan Negara (PPAN) 2026.

Peruntukan itu akan digunakan bagi kerja-kerja pemuliharaan dan perataan tanah, menaik taraf sistem pengairan dan saliran serta memperbaiki infrastruktur sawah. Daripada jumlah tersebut, RM800,000 diperuntukkan khusus untuk kerja perataan tanah melibatkan kawasan seluas 400 hektar.

Selain itu, kerajaan turut menyediakan RM85,000 bagi perolehan jentera untuk kerja-kerja perataan tanah, melaksanakan program pengapuran sawah meliputi 402 hektar, membersihkan sistem perparitan serta memantau secara berkala kualiti sumber air dan bacaan pH bagi memastikan keadaan penanaman kembali optimum.

KPKM menegaskan pelaksanaan langkah-langkah pemulihan itu akan dipantau secara berterusan bagi memastikan produktiviti sawah Endau dapat dipulihkan secara mampan, sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah dan menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Tindakan Muhammad Islahuddin membawa isu ini ke Dewan Rakyat dilihat memberi harapan baharu kepada komuniti pesawah di Endau yang sekian lama berdepan masalah penurunan hasil, dengan kerajaan kini komited menyediakan peruntukan dan pelan tindakan bagi memulihkan sektor penanaman padi di kawasan tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

ADUN Bayu Letak Jawatan Ahli MPT BERSATU

Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Zeffis Ellias, yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan Mohd Taufik memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Bayu.
Read More
Total
0
Share