AJK Bahagian Bangi Tegas: Ruhanie Tak Wakili Suara Bahagian, Minta Presiden Letak Jawatan

KAJANG | 13 Feb 26 – Jawatankuasa BERSATU Bahagian Bangi hari ini menegaskan bahawa pandangan Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Ruhanie Ahmad, mengenai pemulihan keputusan pemecatan YB Datuk Wan Saiful Wan Jan tidak mewakili parti di peringkat bahagian.

Dalam kenyataan media yang ditandatangani lebih 15 ahli jawatankuasa bahagian, BERSATU Bangi menegaskan bahawa sebarang pandangan yang melibatkan bahagian sepatutnya dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat jawatankuasa, bukan dikeluarkan secara bersendirian.

“Kami menekankan bahawa pandangan tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa Bahagian Bangi,” kata kenyataan itu, sambil menegur Ruhanie supaya tidak mencampuri urusan Lembaga Rayuan yang sepatutnya bebas dan bebas daripada campur tangan individu.

Kenyataan itu turut menempelak Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas kegagalan mengawal keadaan. Ahli-ahli jawatankuasa menyifatkan kelemahan ini terlalu ketara sehingga wajar beliau mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai Presiden parti.

“Atas kelemahan yang amat ketara ini, Tan Sri Muhyiddin wajar meletak jawatan Presiden BERSATU.”

Antara tandatangan penting dalam kenyataan tersebut termasuk Setiausaha Bahagian, Bakhtiar Bin Mohd Annuar, Timbalan Pengerusi Tetap, Rosly Bin Abdul Talib, serta Ketua Bersekutu, Vasantha Kumar A/L Krishnan, selain 12 AJK Bahagian yang lain.

Langkah ini jelas menunjukkan kekecewaan pimpinan akar umbi terhadap Presiden parti, berikutan krisis pemecatan YB Datuk Wan Saiful Wan Jan yang masih hangat diperkatakan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share