Aktivis Politik Sarankan Hamzah Pengerusi PN Sebagai Jalan Tengah

KUALA LUMPUR | 25 Jan 26 — Isu pemilihan pengganti Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terus berlarutan hampir sebulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan pada 1 Januari 2026. Kebuntuan ini menimbulkan kebimbangan tentang keyakinan pengundi terhadap gabungan politik itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mantan wartawan dan aktivis politik, Shahbudin Husin, menekankan bahawa kekalutan ini boleh menimbulkan spekulasi dalaman dan menjejaskan persepsi terhadap PN. Beliau mencadangkan sebagai jalan tengah, PAS boleh menamakan Hamzah Zainuddin sebagai Pengerusi PN.

“Sebagaimana PAS sebelum ini telah mencadangkan nama Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, pencalonan parti itu menamakan Hamzah sebagai Pengerusi PN lebih mungkin untuk dipersetujui majoriti daripada dibantah. Kata beliau dalam kenyataan di facebook.

Beliau menambah bahawa langkah ini berpotensi menyelesaikan isu dalaman PN “sekali harung” dan mengelakkan konflik antara kem dalam BERSATU dan gabungan parti lain, selain memberi isyarat awal tentang calon Perdana Menteri dalam sistem Westminster.

Muhyiddin Disember lalu telah mengumumkan peletakan jawatan dan keputusan itu kemudiannya diterima oleh mesyuarat BERSATU pada 12 Januari. Presiden PAS, Haji Hadi Awang, dalam surat bertarikh 10 Januari, turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan Muhyiddin sepanjang mengetuai PN. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share