
KUALA LUMPUR, 28 NOV 25 — Ahli perniagaan Datuk Albert Tei, yang ditahan hari ini dalam operasi oleh pasukan agensi antirasuah, dipercayai telah dibawa pulang ke kediamannya di Puchong selepas siasatan awal dijalankan, menurut peguamnya.
Sumber memberitahu Berita Harian (BH), Tei dibawa semula ke rumahnya dalam keadaan bergari.
Media bagaimanapun masih belum memperoleh pengesahan rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk daripada Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengenai serbuan atau status penahanan Tei.
Peguamnya, Zaid Malek, beliau menerima maklumat anak guamnya dibawa pulang ketika dalam perjalanan untuk berjumpa Tei.
Namun, beliau sendiri belum menerima sebarang dokumen rasmi atau penjelasan lanjut berhubung perkara itu.
Zaid mendakwa semasa serbuan, pegawai SPRM didakwa tidak memperkenalkan diri dan enggan membenarkan beliau menemui Tei walaupun sudah memperkenalkan diri sebagai peguam.
Video dan laporan media menunjukkan Tei digari dan diiringi oleh pasukan taktikal lengkap dengan balaclava sebelum dibawa keluar.
SPRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai status penahanan atau penahanan semula terhadap Tei.
Pihak SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan selepas solat Jumaat hari ini. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.