Malaysia Mahu Laksana Tiga Tindakan hadapai Tarif AS – MITI

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 25 – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan inisiatif tiga inisiatif kerajaan berikutan perjanjian rundingan semula tarif baru-baru ini dengan Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan pengurangan tarif ke atas barangan Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.

Memetik laporan Bernama, Zafrul berkata, tiga tindakan susulan utama iaitu program jangkauan pengeksport, pembaharuan kawal selia dan inisiatif pemetaan rantaian bekalan di seluruh negara.

“Paling penting, kita berjaya mencapai perjanjian ini tanpa berkompromi terhadap garisan merah kita dalam bidang-bidang utama,” katanya dalam ucaptama di Kuala Lumpur, semalam.

Tambah beliau, perjanjian yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu dicapai selepas “beberapa bulan rundingan yang intensif tetapi teliti serta sistematik” tanpa Malaysia berkompromi terhadap “garisan merah” dalam bidang-bidang utama.

“Ada antara anda di dalam dewan ini mungkin terkesan, namun sekali lagi kita akan melibatkan keseluruhan ekosistem pengeksport — bukan hanya syarikat multinasional, tetapi juga semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyokong pengeksport utama,” katanya.

Beliau berkata perkara kedua ialah kerajaan berhasrat untuk mempercepatkan pembaharuan industri dengan mengurangkan kerenah birokrasi serta menyemak semula peraturan bagi menghapuskan pertindihan, peruntukan yang lapuk dan proses yang tidak relevan.

“Yang ketiga, kita perlu memperkukuh daya tahan rantaian bekalan kita dengan memperkasakan peranan industri tertentu dalam rantaian bekalan global,” katanya.

Beliau berkata Malaysia sedang mencapai kemajuan yang baik dalam projek pemetaan rantaian bekalan, yang bertujuan untuk mengenal pasti setiap pemain yang terlibat dalam aktiviti ekonomi bagi sektor-sektor industri utama. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share