
KUALA LUMPUR, 16 MEI 25 – Generasi muda hari inierasa kecewa dengan kerajaan yang hanya pandai menabur janji tetapi langsung tidak menunaikan janji yang mereka berikan, kata bekas pemimpin MCA.
Bekas Bendahari Pemuda MCA Johor Tong Liang Fook berkata, anak muda melihat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak membawa perubahan yang mereka janjikan dahulu.
“Sekarang pemuda kita mereka sudah rasa kecewa denga. kerajaan, saya bukan wakili semua tapi saya dengar mereka kata kehidupan sekarang susah, komitmen banyak.
“Kerajaan pula tidak nampak bawa perubahan yang boleh buat mereka yakin, mereka tak yakin,” katanya, dalam wawancara bersama politiko.my.
Liang Fook yang kini pengerusi sayap bersekutu Bersatu Sekijang berpandangan, kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang menunaikan janjinya.
“Kena pilih lagi kerajaan yang betul-betul pimpin rakyat ke tahap yang lebih tinggi lagi.
“Janji mesti ditunaikan. Rakyat kita bukan bodoh, mereka juga mahu siapa boleh tolong mereka bangkitkan isu tempatan,” katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan MCA Johor Joan Ng Geok Yin pula berkata, anak muda perlukan platform baharu politik kerana landasan sedia ada membosankan mereka.
“Orang muda dah boring dengan politik sekarang kalau ada suara baru platform baru, mereka baru akan nampak beza,” katanya.
Pengerusi sayap bersekutu Bersatu Kluang itu turut mengharapkan Bersatu dapat memperluaskan jaringan agar lebih banyak suara komuniti Cina dapat didengar.
“Kita nak janji dilaksanakan, jangan cakap tak serupa bikin.
“Saya harap Bersatu dengar suara anak muda dan perluas sistem Bersatu lebih banyak suara orang Cina masuk untuk beritahu apa kita nak bawa,” tambahnya lagi. @politiko.my