Anwar Beri Taklimat Pemberian Khas Untuk Sabah Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 22 Okt 25 — Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadualkan memberi sesi taklimat kepada Dewan Rakyat pagi ini berkaitan pemberian khas Kerajaan Persekutuan untuk negeri Sabah.

Menurut notis rasmi Pejabat Perdana Menteri, sesi penerangan itu akan bermula pada jam 11.30 pagi.

Keputusan taklimat ini muncul selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberi penghakiman baru-baru ini yang menyatakan bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang gagal memberikan 40 peratus hasil bersama kepada Sabah sejak 1974 hingga 2021 adalah tidak sah dan melebihi kuasa (ultra vires).

Perintah mandamus juga dikeluarkan untuk memulakan semakan semula dalam tempoh 90 hari dan menyelesaikannya dalam 180 hari.

Kerajaan kini dijangka akan menjelaskan mekanisme pemberian khas untuk Sabah, serta bagaimana keputusan mahkamah itu akan dilaksanakan dalam rangka fiskal dan perundangan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share