Anwar Dapat Sokongan Majoriti, Jangan Politikkan Isu Pelantikan Hakim, Kata Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Jul 25 – Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Anwar mendapat sokongan 154 ahli parlimen dan beliau menggesa pihak yang mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan agar menghormati proses undang-undang dan sistem demokrasi.

Tegasnya, Anwar mendapat sokongan daripada 154 ahli parlimen, lebih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

“Kami berpendapat soal pelantikan ketua hakim negara tidak harus dipolitikkan dan kita perlu yakin atas perkenan Yang di-Pertuan Agong siapa juga yang akan dilantik dan dalam peraturan itu atas nasihat perdana menteri.

“Yang di-Pertuan Agong akan mengambil kira keperibadian dan latar belakang calon yang dicadangkan ketika membuat keputusan, dan kita harus menghormati keputusan tersebut,” katanya memetik laporan malaysiakini.

Zahid dilaporkan berkata Anwar telah memberikan penjelasan kepada ahli parlimen BN berhubung isu pelantikan kehakiman dalam satu pertemuan selama sejam.

Katanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak perlu ditubuhkan bagi menyiasat pelantikan kehakiman.

Ini jelas Zahid disebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said telah memaklumkan kerajaan akan mengkaji amalan terbaik negara lain dalam urusan pelantikan hakim. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share