Anwar Nafi ART Sekat Malaysia Berdagang Dengan Negara Lain

KUALA LUMPUR, 18 NOV 25 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Perjanjian Timbal Balas Amerika Syarikat–Malaysia (ART) sama sekali tidak menghalang Malaysia menjalinkan hubungan perdagangan atau pelaburan dengan mana-mana negara, termasuk China.

Menurut beliau, dakwaan kononnya Malaysia terikat dan hilang kuasa membuat keputusan dasar ekonomi selepas menandatangani ART adalah tidak berasas.

“Tekanan Amerika Syarikat itu memang lebih besar, bukan kepada kita sahaja, malah seluruh dunia.

“Tetapi soal kemerdekaan, maruah dan kedaulatan negara tidak pernah digadai,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar sebaliknya menegaskan Malaysia kekal bebas menentukan kerjasama strategik dalam sektor penting seperti nadir bumi, semikonduktor, serta urusan kewangan menggunakan mata wang tempatan.

Menteri kewangan itu turut memberikan contoh rundingan dalam sektor nadir bumi antaranya terus berlangsung dengan pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan China.

Malah, jelas Anwar, Petronas dan Khazanah kini sedang berunding dengan syarikat China untuk tujuan pemprosesan mineral tersebut.

Menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang), Anwar menjelaskan isu sekatan eksport cip ke China hanya melibatkan syarikat berasal dari Amerika Syarikat, selaras dengan syarat yang dikenakan Washington.

“Kalau pelaburan dari AS, syaratnya mereka tidak boleh eksport cip ke China. Kita hormat syarat negara asal mereka.

“Tetapi jika pelaburan dari Jerman atau China untuk mengeluarkan cip dan eksport ke China, tiada masalah,” kata Anwar.

Dalam masa sama, Malaysia juga katanya meneruskan kerjasama dengan China dalam pelbagai projek, termasuk pengembangan bekalan air Sungai Perak ke Pulau Pinang, tanpa sekatan mana-mana pihak.

“Apa yang menghalang kita bekerjasama dengan China? Tidak ada.” @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Dokumen Bocor Dakwa Usaha Singkir Hamzah

Memo tersebut antara lain menuduh Hamzah terlibat dalam usaha menggulingkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk didakwa mengumpul akuan berkanun (SD) serta membina pakatan untuk mengambil alih parti.
Read More
Total
0
Share