
PARLIMEN | 11 Ogos 26 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya membangkitkan isu Tabung Haji ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, namun tidak hadir ketika laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu dibahaskan di Dewan Rakyat.
Hamzah berkata, isu berkenaan pada asalnya dibangkitkan oleh Perdana Menteri sendiri ketika kempen PRN Negeri Sembilan sebelum pelbagai dakwaan mengenai Tabung Haji menjadi perhatian.
“RCI ini apabila kami dengar ceritanya bermula dalam kempen pilihan raya di Negeri Sembilan. Yang membangkitkan isu ini Perdana Menteri sendiri.”
Beliau berkata, antara dakwaan yang didengar ialah mengenai kehilangan wang Tabung Haji dalam jumlah besar.
“Contohnya, Ada satu berita yang mengeluarkan bilion ringgit orang sakau kamu tak tahu, tabung haji dia yang sebut.”
Hamzah kemudian mempersoalkan sama ada dakwaan berkenaan benar-benar terkandung dalam laporan RCI.
“Jadi kami nak tahu yang mana satu dalam bab laporan RCI ini yang dia kata ada orang sakau.”
Menurutnya, jika benar berlaku penyelewengan seperti yang didakwa, persoalannya ialah mengapa selepas kira-kira tiga tahun masih tiada pihak yang dibuktikan melakukan perkara tersebut.
“Kalau ada orang sakau ini sudah ada tiga tahun laporan ini diberikan kepada kerajaan. Kalau dah sakau sampai 3 tahun pun tunggu sampai sekarang tak ada lagi orang yang terbukti ada menyakau seperti apa yang dikata.”
“Jadi apa benda yang kita nak bahas dalam ini?” soalnya.
Hamzah turut mempersoalkan alasan laporan RCI Tabung Haji tidak diterbitkan lebih awal kerana dikatakan bimbang orang Melayu hilang keyakinan.
“Laporan RCI Tabung Haji tak diterbitkan awal kerana bimbang orang Melayu hilang keyakinan. Orang Melayu hilang keyakinan dulu. Sekarang tidak hilang keyakinan. Apa benda yang dia cuba nak sebut dengan kita ini?”
Sebaliknya, beliau berkata pihaknya kini mempersoalkan tahap keyakinan terhadap Perdana Menteri berhubung penjelasan mengenai isu tersebut.
“Saya nak maklumkan kepada rakyat semua. Kita hilang keyakinan kepada Perdana Menteri… …yang tidak menjelaskan perkara yang benar. Jadi tak kira masa bila. Dulu… Atau sekarang sama je kalau dia tidak menjelaskan perkara yang benar.”
Hamzah berkata pembangkang mahu kerajaan berpegang kepada prinsip berterus terang dalam semua perkara termasuk isu Tabung Haji.
“Kita dah banyak kali sebut dalam press conference kita tiap-tiap kali kita sebut prinsip kita adalah prinsip Kenda berterus terang.”
Beliau berkata pembangkang mahu kerajaan membuktikan sikap berterus terang itu sejak awal.
“Kenda prinsip itu adalah menjadi sesuatu yang kita ketengahkan supaya kerajaan awal-awal lagi berjaya. membuktikan mereka berterus terang dalam semua hal termasuklah juga hal tabung aji ini.”
Dalam pada itu, Hamzah mempersoalkan bentuk perbahasan RCI berkenaan sekiranya ia akhirnya hanya menjadi penerangan menteri tanpa sebarang keputusan.
“Sebab itu bila kita kata kita nak bahas dalam dan akhirnya hanyalah merupakan penerangan menteri Dan tidak akan ada keputusan yang diambil.”
Beliau berkata pembangkang mempunyai saluran lain untuk menyatakan pendirian sekiranya perbahasan di Dewan tidak menghasilkan keputusan.
“Kita boleh lakukan seperti ini Kita boleh buat press conference Kita boleh keluarkan statement Kita boleh hantar surat Itu semua boleh kita lakukan Melalui jatah kuasa semua boleh kita lakukan.”
Hamzah turut mempersoalkan tempoh dua hari yang dicadangkan untuk perbahasan berkenaan.
“Jadi tak payah buang masa lah Sebab itu tadi pun saya dengar PutraJaya minta sampai ada 2 hari, Dia kata tak payahlah dua hari, menunjukkan apa?”
“Dua hari pun dia kata buang masa je. Kalau dia tahu dua hari itu buang masa, sama je kalau dah buang masa, satu hari pun buang masa juga. Itu pada pendapat kami lah.” @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.