Apa Dah Jadi? Kali Ini EXCO Sri Kandi Muda Keluar BERSATU

KUALA LUMPUR | 10 Julai 26 – Gelombang peletakan jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus berlarutan apabila seorang lagi pemimpin sayap muda parti mengumumkan peletakan jawatan serta keluar daripada parti.

Nurul Hazwani Md Rusli mengesahkan beliau melepaskan jawatan sebagai EXCO Srikandi Muda Nasional dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, berkuat kuasa serta-merta dan bertindak keluar parti.

Menerusi surat bertarikh 25 Jun 2026 yang diterima Ibu Pejabat Bersatu hari ini, Nurul Hazwani memaklumkan keputusan itu dibuat bagi memberi tumpuan kepada kehidupan peribadinya.

“Dengan ini saya melepaskan jawatan sebagai EXCO Srikandi Muda Nasional dan Ahli MPT berkuat kuasa serta-merta bagi menumpukan fokus terhadap kehidupan peribadi. Dengan perletakan jawatan ini saya juga mengisytiharkan keluar dari BERSATU,” katanya dalam surat berkenaan.

Beliau yang dipilih sebagai EXCO Srikandi Muda Nasional bagi sesi 2024-2027 turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan sepanjang memegang jawatan tersebut.

Surat peletakan jawatan itu ditujukan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan salinannya turut dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Peletakan jawatan Nurul Hazwani menambah lagi senarai pemimpin Bersatu yang meninggalkan parti dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, melibatkan pemimpin di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi, Armada, Srikandi serta beberapa bahagian di seluruh negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share