Wakil PN Kecam Trump Batal Hak Pelajar Antarabangsa Mendaftar di Harvard

KUALA LUMPUR, 23 Mei 25 – Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi, Dato Seri Saifuddin Abdullah menyifatkan tindakan pentadbiran Donald Trump membatalkan kebenaran Universiti Harvard untuk menerima pelajar antarabangsake atas Universiti Harvard sebagai tidak bertamadun.

Ketika dihubungi, Saifuddin berkata Universiti adalah sebuah institusi ilmu yang mengamalkan prinsip kebebasan akademik, kebenaran dan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Tindakan pentadbiran Trump ini tidak bertamadun.

“Universiti adalah institusi ilmu yang menghayati budaya ilmu dengan prinsip kebenaran dan keadilan. Ia mengamalkan kebebasan akademik dikalangan pensyarah dan mahasiswanya, termasuk bersuara atas isu-isu kemasyarakatan tanpa fear or favour. Katanya.

Beliau menambah, antara faktor kekuatan sebuah universiti ialah pertemuan dan kerjasama antara minda-minda terbaik yang datang dari seluruh dunia yang berhimpun di situ utk belajar, menyelidik, berbincang dan menerbitkan pelbagai karya.

“Saya harap KPT segera menghubungi pelajar-pelajar kita di Harvard dan universiti lain juga untuk menjamin kebajikan mereka. Tegasnya.

Terdahulu, pentadbiran Trump telah membatalkan kebenaran Universiti Harvard untuk menerima pelajar antarabangsa dalam pertikaian yang semakin memuncak dengan institusi Ivy League itu, dengan menyatakan bahawa ribuan pelajar semasa mesti berpindah ke institusi lain atau meninggalkan negara ini.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tindakan tersebut pada hari Khamis, dengan mendakwa bahawa Harvard telah mewujudkan persekitaran kampus yang tidak selamat dengan membenarkan “penghasut anti-Amerika dan pro-keganasan” dengan menyerang pelajar Yahudi di kampus.

Menurut laporan APNews, Jabatan itu juga menuduh Harvard bekerjasama dengan Parti Komunis China, dengan mengatakan universiti itu telah menjadi tuan rumah dan melatih ahli kumpulan separa tentera China seawal tahun 2024. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share