
KUALA LUMPUR, 16 DIS 25 – Kerajaan Indonesia masih menolak tawaran bantuan asing ketika menghadapi bencana banjir besar dan tanah runtuh yang melanda Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat sejak akhir November 2025.
Media Indonesia melaporakan Presiden Prabowo secara terbuka berkata beliau telah menolak tawaran bantuan daripada pelbagai pemimpin negara asing, menekankan bahawa Indonesia “mampu mengatasi situasi ini sendiri”.
Berdasarkan laporan, bencana ini berpunca oleh hujan monsun lebat, penebangan hutan besar-besaran, dan siklon tropika jarang berlaku, telah mengorbankan lebih 800 nyawa, dengan ribuan masih hilang dan jutaan terjejas.
Pegawai kerajaan menegaskan mereka masih mampu menguruskan krisis menggunakan sumber domestik, walaupun negara-negara sahabat dan organisasi kemanusiaan menawarkan bantuan. Keputusan ini mendapat kritikan hebat kerana dianggap berisiko dan mengabaikan keperluan kemanusiaan yang mendesak.
Data rasmi menunjukkan lebih 3.2 juta orang terjejas, banyak kampung tenggelam, infrastruktur runtuh termasuk jalan raya dan jambatan, serta akses kepada makanan, air bersih dan bahan bakar terganggu. Pihak berkuasa setempat dikatakan tidak mencukupi untuk menguruskan bantuan di kawasan terpencil.
Dari liputan di media-media sosial, beberapa bantuan individu atau dari organisasi bukan kerajaan (NGO), termasuk pasukan asing, dilaporkan telah masuk melalui inisiatif gabenor atau komuniti setempat, walaupun tidak secara rasmi melalui pemerintah pusat.
Hingga berita ini ditulis, pemulihan kawasan bencana masih berjalan. Bekalan elektrik di Aceh dan Sumatera masih belum pulih sepenuhnya. Semua infrastruktur dan fasiliti awam terjejas teruk akibat kerosakan sistem selepas banjir yang mana pemulihan dijangka memakan masa berbulan-bulan.
Pada masa yang sama, beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan hak asasi manusia mendesak kerajaan mengisytiharkan bencana nasional bagi membuka laluan bantuan domestik dan antarabangsa. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.