Banjir Kilat Lagi: Jangan Malukan Melaka, Kata Ketua Pembangkang

Foto latar – Melaka Explorer

KUALA LUMPUR, 14 Sep 25 — Kerajaan negeri disaran menyelesaikan segera aduan banjir kilat di negeri itu ketika Melaka menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC), dan dalam persiapan menyambut pelancong sempena Tahun Melawat Dunia (WTD) 2025.

Ketua Pembangkang DUN Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, kejadian banjir kilat itu menampilkan kelemahan asas infrastruktur bandar di negeri tersebut.

“Sekurang-kurangnya, para delegasi antarabangsa kini boleh membawa pulang pengalaman asli banjir kilat Melaka, sesuatu yang mereka pasti tidak akan lupakan,” katanya, dalam satu hantaran Facebook.

Yadzil berkata, lebih menyedihkan, isu itu sudah disuarakan beberapa kali dan bukan perkara baharu.

“Aduan demi aduan telah disuarakan oleh penduduk dan peniaga tempatan selama bertahun-tahun, namun kerajaan negeri tetap cekal…cekal tidak berbuat apa-apa.

“Adakah perlu menanti bencana lebih besar, atau barangkali menanti seorang lagi VVIP terperangkap dalam banjir, barulah tindakan akan diambil?,” katanya.

Katanya, tindakan sambil lewa pentadbiran kerajaan negeri hanya memangsakan penduduk dan peniaga yang terjejas.

“Melaka tidak boleh menjadi bahan ketawa dunia ketika seluruh tumpuan antarabangsa sedang tertumpu ke sini.

“Cukuplah menjadikan rakyat dan imej negeri ini sebagai mangsa kepada kecuaian, ketidakcekapan dan kealpaan berterusan,” kata Yadzil lagi.

Semalam, berlaku banji kilat dikawasan Bandar Melaka, petang semalam. Visual tersebut turut disiar oleh netizen Melaka Explorer. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share