Bantuan Tunai Tidak Selesai Isu Kos Sara Hidup Rakyat – IDEAS

KUALA LUMPUR, 31 Jul 25 – Bantuan tunai RM100 diberikan kerajaan kepada rakyat tidak mampu menyelesaikan isu pokok kos sara hidup yang tinggi, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ideas Aira Azhari.

Katanya, kerajaan disaran memberi tumpuan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pelan jangka panjang.

“Isu kos sara hidup tinggi nak tangani bukan beri bantuan tunai, subsidi dan sebagainya.

“Tetapi bagaimana nak meningkatkan taraf kehidupan untuk semua rakyat Malaysia supaya mereka mempunyai kualiti hidup yang lebih baik,” katanya, kepada pokitiko.my.

Aira berkata, bantuan tunai RM100 itu hanya memberi kelegaan sementara dari segi perbelanjaan terutamanya kumpulan B40.

“Tetapi ia tidak berikan impak besar kepada kehidupan rakyat…sekarang 2025 apa sahaja yang boleh dibeli dengan RM100, tidak akan pergi jauh,” katanya

Malah pengumuman bantuan itu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum himpunan Turun Anwar juga menimbulkan persoalan.

“Persepsinya banyak rakyat tak puas hati pentadbiran saya, saya nak bagi gula-gula untuk pujuk orang yang tak puas hati

“Tak sihat lah. Kita nak tengok plan jangka panjang dan mampan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share