
MELAKA | 2 Okt 26 – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu Melaka, Dr Aleef Yusof menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan), merupakan satu perkembangan terbaharu yang mencuri perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Perkembangan itu dilaporkan berlaku ketika landskap politik Melaka semakin rancak susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan persediaan parti-parti politik menghadapi PRN.
“Alhamdulillah. Saya kini ahli Parti Wawasan Negara,” katanya di Facebook.
Penyertaan bekas ADUN Bersatu itu turut menambah perhatian terhadap kedudukan Wawasan yang kini melebarkan gerak kerja politiknya di Melaka.
Wawasan sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding di beberapa kerusi DUN pada PRN Melaka, termasuk kawasan yang sebelum ini dimenangi wakil Bersatu.
Dengan PRN Melaka semakin hampir, perpindahan tokoh politik daripada Bersatu ke Wawasan berpotensi menjadi antara perkembangan yang diperhatikan dalam menentukan dinamika persaingan politik negeri itu.
Wawasan merupakan parti yang dipimpin Datuk Seri Hamzah Zainudin dan kini menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN). @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.