Bekas Perdana Menteri Pun Dapat RM100

KUALA LUMPUR, 27 Jul 25 – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan mereka turut menerima RM100 seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika himpunan Turun Anwar di ibu negara semalam, dua pemimpin itu berkata, seharusnya dana berkenaan disalur secara khusus kepada kumpulan berpendapatan rendah dan rentan, bukannya diagih secara langsung kepada semua orang tanpa mengira latar belakang.

“Saya pun dapat RM100…kalau tengok tubuh badan saya macam ini memang 100 tahun,” kata Dr Mahathir, yang kini berusia 100 tahun, ketika menyampaikan ucapan penutup dalam himpunan semalam.

“Bagilah orang miskin. Janganlah RM100 bagi lebih sikit,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata, dengan jumlah RM100 itu, secara purata rakyat hanya menikmati 40 sen sehari.

“Penyangak macam itulah ambil duit orang bagi sikit dekat orang. Nak tolong kononnya rakyat miskin. Dia tak faham penderitaan rakyat,” katanya.

Muhyiddin pula berkata, kumpulanM40 dan T15 tidak wajar menerima bantuan tunai itu.

Malah jumlah RM100 itu perlu ditambah lebih lagi untuk kumpulan rakyat B40.

“Bagi RM100 itu tindakan terdesak, saya pun dapat, saya bukan kaya tapi belum dapat lagi.

“Kalau pentadbiran kita dulu kita buat pertimbangan orang bawah B40 patut dapat lebih. Kalau dia pandai kira tak payah bagi kami dalam M40 dan T15.

“Bagi B40. Kalau bagi RM100 bagilah RM300. Itu kalau pandai mentadbir. Tapi dukacita itu tidak berlaku,” kata Muhyiddin.

Dalam Himpunan Turun Anwar semalam, ribuan rakyat hadir membanjiri dataran merdeka buat kali pertama selepas beberapa tahun tanpa ada sebarang demonstrasi besar. Terakhir, pehimpunan membantah ICERD pada 2019 lalu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share