Bentuk Jawatankuasa Diraja Untuk Pisah Kuasa AG, Pendakwa Raya – Peguam

KUALA LUMPUR, 11 Sep 25 — Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa diraja bagi mengasingkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya kerana ianya melibatkan institusi di bawah Perlembagaan.

Peguam kanan Haniff Khatri Abdulla berkata, draf cadangan pindaan itu juga tidak seharusnya dilakukan Pejabat Peguam Negara (AGC) kerana ia melibatkan jabatan itu sendiri.

“Saya percaya dengan penuh hormat kepada kerajaan dan AGC ia perlu melalui satu jawatan kuasa diraja, bukan didraf melalui cadangan yang dimajukan kepada AGC.

“Bukankah AGC ada konflik kepentingan dalam perkara ini kerana apa yang ingin dilakukan adalah pengasingan kuasa antara AG selaku penasihat kerajaan dan Agong dan tanggungjawab pendakwaraya. Bukankah itu fungsi pejabat AGC sekarang,” katanya.

Melalui penubuhan jawatankuasa diraja khusus, masalah pada masa hadapan katanya dapat dielakkan, seperti mana Akta Anti Lompat Parti.

“Untuk pastikan tidak ada perkara tidak seimbang atau membawa persoalan berkepentingan masa depan kelak kerajaan wajar rujuk perkara ini kepada Majlis Raja-raja untuk bentuk jawatankuasa diraja kerana ia melibatkan perubahan kandungan satu institusi bawah perlembagaan

“Kerajaan boleh berubah-ubah tapi institusi AG dan pendakwaraya kekal. Kita tak mahu ada pindaan yang tidak menepati hasrat berkenaan dalam cara terbaik,” kata Haniff.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Keputusan itu diambil selepas meneliti Laporan Akhir dan Hala Tuju yang disediakan oleh Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif yang dipengerusikan Azalina. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share